Monday, 30 November 2015

MASALAH SOSIAL

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

 Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat yang dipaparkan melalui media massa. Terdapat banyak masalah sosial yang dilakukan oleh kalangan remaja seperti budaya melepak, merempit, ponteng sekolah dan juga membuli. Malah, terdapat sesetengah dari kalangan remaja yang sering mengusik gadis-gadis yang lalu-lalang di tepi jalan dengan berbahasa yang agak kurang sopan dan membuat bising tanpa hala tujuan. Masalah ini biasanya akan mewujudkan pergaduhan diantara ahli keluarga remaja tersebut. Kadang-kala sesetengah remaja yang seperti ini dating daripada keluarga yang bermasalah. Sebagai contoh ibu bapa mereka bercerai dan masalah kewangan sehingga tindakan mereka tidak memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.

Selain itu, budaya buli dikalangan remaja juga sering berlaku disekolah menengah khususnya. Kes buli dikalangan remaja ini berlaku disekolah oleh kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan yang berat terhadap remaja tersebut. Oleh itu, tindakan remaja tersebut menjadi tidak terkawal dan biasanya mereka dipegaruhi oleh media massa. Sebagai contoh sekarang, kebanyakan filem sekarang adalah versi keganasan. Maka dari situlah remaja tersebut mempengaruhi dan membawa kedalam dunia reality mereka.

Bukan itu sahaja, kegiatan merempit juga kerap berlaku dikalangan remaja. Disini akan timbulnya kes lumba haram dan perjudian. Pada mulanya ingin bersuka-suka dan dari suka tersebut terus menjadi tabiat unuk berjudi. Dan bila dikaitkan dengan rempit, kes-kes kecurian motosikal sering juga berlaku.  Tambahan pula, yang lebih seriusnya adalah kegiatan lumba haram di tempat awam tanpa menghiraukan orang sekeliling. Mereka berlumba motosikal di tempat yang tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang besar. Mereka telah membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut. Mereka akan berbuat demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap keluarga mereka atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih cara begini untuk melepaskan geram yang ada dalam hati mereka.

Disamping itu, ada juga remaja-remaja yang selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng sekolah tujuan utamanya adalah berkunjung ke kafe internet. Mereka terjerumus dengan laman web permainan di kafe internet. Mereka boleh menghabiskan masa mereka dengan perkara yang tidak berfaedah di kafe internet. Hal ini akan terjadi disebabkan kawalan sosial yang longgar.Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga untuk mencari mata pencarian di luar rumah, secara tidak langsung telah menimbulkan rasa bosan dan kesunyian di hati anak-anak. Lantas, anak-anak mudah mengikut ajakan rakan-rakan untuk berhibur dalam laman web.

 Akhir kata, untuk mengatasi masalah sosial yang tersiar dalam masyarakat ini, pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan untuk menangani maslah sosial tersebut. Tambah pula, pihak ibubapa juga haruslah lebih mengambil berat terhadap anak-anak mereka. bak kata pepatah “bumi yang mana tidak ditimpa hujan”. Disini kita dapat melihat dimana-mana pun ada masalah sosial tetapi berbeza cara bagaimana kita mengatasinya. Maka pihak ibu bapa juga haruslah mengubah sikap mereka terlebih dahulu.


No comments:

Post a Comment