Pekerja asing
didefinisikan sebagai tenaga kerja dari luar negara atau dikenali juga sebagai
buruh asing yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Kebiasaannya
pekerja asing datang ke negara ini adalah untuk memenuhi ruang pekerjaan yang
tidak diisi oleh rakyat tempatan. Kerana di negara ini pendapatan yang mereka
dapat apabila bekerja di negara ini lebih lumayan berbanding dengan negara
mereka. Selain itu, Antara sektor yang
menjadi tumpuan pekerja asing ialah sektor pembinaan, perkhidmatan dan
perindustrian. Ibarat kata pepatah, di mana ada semut. Namun, kedatangan mereka ke sini turut memberi
kesan positif dan juga negatif kepada masyarakat dan juga negara.
Terdapat pelbagai kesan
positif dan negatif apabila terdapat kedatangan pekerja asing yang datang ke
negara ini. Dan antara kesan positif kedatangan pekerja asing ke Malaysia ialah
ia dapat mempercepatkan pembangunan negara. Oleh sebab itu negara ini berkembang
dengan lebih maju ke hadapan dari segi ekonomi negara. Namun begitu, terdapat
pelbagai perubahan dilakukan secara menyeluruh khususnya dalam pembinaan infrastruktur
dan prasarana yang sistematik. Sebagai contoh, lebuh raya Pan Borneo yang
dibina memerlukan tenaga kerja asing bagi mempercepatkan proses pembinaan lebuh
raya tersebut. Malah proses pembangunan dapat dibangunkan dengan lebih cepat.
Sehubungan dengan itu, kesan
positif yang seterusnya ialah berlaku pertukaran teknologi. Dengan adanya
banyak peluang pekerjaan yang tidak diisi oleh rakyat tempatan di sebuah negara
yang sedang pesat membangun ini, tenaga pekerja luar dibenarkan untuk membantu.
Malahan juga Malaysia juga memerlukan teknologi yang canggih dan moden untuk
menjadikan negara ini setanding dengan negara membangun yang lain. Oleh sebab itu,
negara memerlukan Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan
separuh mahir ke Malaysia membolehkan pekerja tempatan mempelajari dan
memperoleh teknologi baru melalui program yang diadakan secara usaha bersama
oleh pihak kerajaan atau pihak tertentu. Sebagai contoh, pertukaran idea dan
maklumat antara para saintis tentang vaksin.
Selain daripada kesan
positif, terdapat banyak juga kesan-kesan yang negatif kedatangan pekerja asing
yang datang bekerja di Malaysia. Kesan yang negatifnya ialah meningkatkan kadar
jenayah lebih banyak di Malaysia. Terdapat segelintir pendatang yang mempunyai
perangai yang tidak berperikemanusiaan dan yang berkesempatan kewangan atas
kerana pendapat yang dapat mungkin tidak mencukupi nya. Kesempitan hidup di
negara orang mendesak mereka untuk melakukan perbuatan yang salah di sisi
undang-undang. Jenayah yang berlaku adalah kebiasaannya mencuri, merompak,
meragut dan merogol. Jenayah yang berlaku tidak semuanya di antara pendatang
asing. Manakala terdapat juga rakyat tempatan. Kegiatan tersebut adalah biasa
berlaku malah bukan sahaja di negara ini tetapi juga di negara asal mereka. Setiap
negara mempunyai undang-undang dan juga musuh dalam selimut. Kegiatan jenayah
yang semakin serius ini mendatangkan kerisauan kepada setiap lapisan masyarakat
tidak kira tua atau muda. Oleh itu, terdapat pelbagai kesan negatif ialah mendatangkan masalah sosial dalam
kalangan masyarakat.
Kesimpulannya,
kedatangan pekerja asing memberikan kesan positif dan negatif kepada masyarakat
dan negara. Kedatangan mereka ini tidak boleh disekat lagi disebabkan atas
faktor-faktor yang tertentu. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memainkan peranan
mereka dengan menguatkuasakan undang-undang agar keselamatan masyarakat dan
keamanan negara kita terjamin daripada sebarang jenayah disebabkan oleh pekerja
asing.
No comments:
Post a Comment