Pengenalan
Pekerja asing didefinisikan sebagai tenaga kerja dari luar negara atau dikenali juga sebagai buruh asing yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Kebiasaannya pekerja asing datang ke negara ini adalah untuk memenuhi ruang pekerjaan yang tidak diisi oleh rakyat tempatan. Antara sektor yang menjadi tumpuan pekerja asing ialah sektor pembinaan, perkhidmatan dan perindustrian. Ibarat kata pepatah, di mana ada semut, di situ ada gula.
Kesan
1. mempercepatkan proses pembangunan negara
·
Malaysia merupakan sebuah
negara yang sedang pesat membangun
·
Pelbagai perubahan
dilakukan secara menyeluruh khususnya dalam pembinaan infrastruktur dan
prasarana yang sitematik
·
lebuhraya Pan Borneo yang
dibina memerlukan tenaga kerja asing
2. berlaku
pertukaran teknologi
·
Malaysia memerlukan
teknologi yang canggih dan moden untuk menjadikan negara ini setanding dengan
negara membangun yang lain
·
Kedatangan pekerja asing
contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan pekerja
tempatan mempelajari dan memperoleh teknologi baru
·
pertukaran idea dan
maklumat antara para saintis tentang vaksin
3. meningkatkan kadar
jenayah
·
tidak semua daripada mereka
mendapat upah yang mencukupi
·
Kesempitan hidup di negara
orang mendesak mereka untuk melakukan perbuatan yang salah di sisi
undang-undang
·
Kegiatan jenayah yang
semakin serius ini mendatangkan kerisauan kepada setiap lapisan masyarakat
tidak kira tua atau muda
Penutup
kedatangan pekerja asing
memberikan kesan positif dan negatif kepada masyarakat dan negara. Kedatangan
mereka ini tidak boleh disekat lagi disebabkan atas faktor-faktor yang
tertentu. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan mereka dengan menguatkuasakan
undang-undang agar keselamatan masyarakat dan keamanan negara kita terjamin
daripada sebarang jenayah disebabkan oleh pekerja asing.
No comments:
Post a Comment