Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja
Pada realitinya, memang tidak
dapat dinafikan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat
yang dipaparkan melalui media massa. Terdapat banyak masalah sosial yang
dilakukan oleh kalangan remaja seperti budaya melepak, merempit, ponteng
sekolah dan juga membuli. Malah, terdapat sesetengah dari kalangan remaja yang
sering mengusik gadis-gadis yang lalu-lalang di tepi jalan dengan berbahasa
yang agak kurang sopan dan membuat bising tanpa hala tujuan. Masalah ini
biasanya akan mewujudkan pergaduhan diantara ahli keluarga remaja tersebut. Kadang-kala
sesetengah remaja yang seperti ini dating daripada keluarga yang bermasalah. Sebagai
contoh ibu bapa mereka bercerai dan masalah kewangan sehingga tindakan mereka
tidak memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.
Selain itu, budaya buli dikalangan
remaja juga sering berlaku disekolah menengah khususnya. Kes buli dikalangan
remaja ini berlaku disekolah oleh kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan
yang berat terhadap remaja tersebut. Oleh itu, tindakan remaja tersebut menjadi
tidak terkawal dan biasanya mereka dipegaruhi oleh media massa. Sebagai contoh
sekarang, kebanyakan filem sekarang adalah versi keganasan. Maka dari situlah
remaja tersebut mempengaruhi dan membawa kedalam dunia reality mereka.
Bukan itu sahaja, kegiatan merempit
juga kerap berlaku dikalangan remaja. Disini akan timbulnya kes lumba haram dan
perjudian. Pada mulanya ingin bersuka-suka dan dari suka tersebut terus menjadi
tabiat unuk berjudi. Dan bila dikaitkan dengan rempit, kes-kes kecurian
motosikal sering juga berlaku. Tambahan
pula, yang lebih seriusnya adalah kegiatan lumba haram di tempat awam tanpa
menghiraukan orang sekeliling. Mereka berlumba motosikal di tempat yang
tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang besar. Mereka telah
membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut. Mereka akan berbuat
demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap keluarga mereka atau
masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih cara begini untuk
melepaskan geram yang ada dalam hati mereka.
Disamping itu, ada juga remaja-remaja
yang selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng sekolah tujuan utamanya adalah
berkunjung ke kafe internet. Mereka terjerumus dengan laman web permainan di
kafe internet. Mereka boleh menghabiskan masa mereka dengan perkara yang tidak
berfaedah di kafe internet. Hal ini akan terjadi disebabkan kawalan sosial yang
longgar.Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga untuk mencari mata
pencarian di luar rumah, secara tidak langsung telah menimbulkan rasa bosan dan
kesunyian di hati anak-anak. Lantas, anak-anak mudah mengikut ajakan
rakan-rakan untuk berhibur dalam laman web.
Akhir kata, untuk mengatasi masalah
sosial yang tersiar dalam masyarakat ini, pihak berkuasa haruslah
menguatkuasakan untuk menangani maslah sosial tersebut. Tambah pula, pihak
ibubapa juga haruslah lebih mengambil berat terhadap anak-anak mereka. bak kata
pepatah “bumi yang mana tidak ditimpa hujan”. Disini kita dapat melihat
dimana-mana pun ada masalah sosial tetapi berbeza cara bagaimana kita
mengatasinya. Maka pihak ibu bapa juga haruslah mengubah sikap mereka terlebih
dahulu.