Saturday, 5 December 2015

CERPEN (HANYA KAMU)


Pada 20 Disember 1995 seorang putera sulung daripada dua insan iaitu Zulkifli dan isterinya Rogayah telah selamat dilahirkan ke dunia. dengan kehadiran putera sulung itu ianya  telah menceriakan kehidupan suami isteri tersebut. dengan harapan agar anak puteranya boleh menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. puteranya adalah seorang cucu sulung yang pertama dan disayangi oleh kedua atuk dan nenek.

Pada ketika itu, atuk dan nenek selalu datang kerumah suami isteri tersebut untuk menjenguk cucunya. setelah beberapa hari datang kerumah atuk dan nenek ingin membawa pulang cucunya tersebut ke rumahnya dengan alasan “ini cucu pertama kami, ia juga telah menceriakan kehidupan kita semua. Apa salahnya si cucu ni tinggal di rumah atuk buat sementara waktu”. suami isteri tersebut memberikan anaknya kepada ayahnya yang ingin membawa pulang anaknya tersebut. lagi pula suami isteri tersebut masih bekerja untuk menyara keluarga dan anaknya sulungnya. suaminya seorang pekerja kilang malah isterinya pula seorang guru tadika.

Dalam satu minggu mereka berdua hanya dapat bersama anaknya hanya dalam dua atau tiga kali sahaja, selebihnya berada dengan atuk dan nenek nya. sehingga menyebabkan si ibu  ini seperti orang yang kehilangan anak. yang selalu merindui anaknya. mereka berdua hanya dapat bertemu ketika anaknya dibawa pulang kerumahnya dalam keadaan demam dan sakit. anaknya juga merindui ibu dan ayah nya. setelah kejadian tersebut. kedua suami dan isteri tersebut tidak membiarkan anaknya tinggal bersama atuk dan neneknya kerana mereka takut bila besar nanti anaknya tidak mengenal mereka berdua ni sebagai ibu bapa nya. kejadian ini dapat dielakkan oleh seorang ibu yang sangat merindui anaknya dengan membuat perbagai alasan agar atuk dan nenek tidak mengambil anaknya.

Setelah beberapa tahun, mereka telah dikurniakan 5 orang cahaya mata. 3 daripadanya adalah kembar dan mempunyai 4 lelaki 1 perempuan. kehidupan mereka kini bahagia dengan kejayaan putera sulungnya yang dapat menyambung pelajarannya di peringkat universiti. anak putera sulungnya telah membuat kedua-dua ibu bapa nya itu gembira dan dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya kini yang masih bersekolah.

Ibunya termenung dan tersenyum sambil berkata kepada putera sulungnya “kamu seorang yang manja, nasib baik ketika kamu kecil dahulu kamu tidak tinggal arwah atuk kamu. tidak ibu tidak mempunyai sesiapa dah pada masa itu HANYA KAMU”. Lalu anak lelakinya tersebut peluk ibunya sambil berkata “terima kasih ibu kerana telah besarkan saya (sambil menangis)”.

Sekian saja daripada insan yang hina. cerpen pendek ini kita dapat lihat seorang ibu yang kasih terhadap anaknya “KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA”.

Karya Insan Fakir
(Encik Disember)


Monday, 30 November 2015

MASALAH SOSIAL

Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja

 Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat yang dipaparkan melalui media massa. Terdapat banyak masalah sosial yang dilakukan oleh kalangan remaja seperti budaya melepak, merempit, ponteng sekolah dan juga membuli. Malah, terdapat sesetengah dari kalangan remaja yang sering mengusik gadis-gadis yang lalu-lalang di tepi jalan dengan berbahasa yang agak kurang sopan dan membuat bising tanpa hala tujuan. Masalah ini biasanya akan mewujudkan pergaduhan diantara ahli keluarga remaja tersebut. Kadang-kala sesetengah remaja yang seperti ini dating daripada keluarga yang bermasalah. Sebagai contoh ibu bapa mereka bercerai dan masalah kewangan sehingga tindakan mereka tidak memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk.

Selain itu, budaya buli dikalangan remaja juga sering berlaku disekolah menengah khususnya. Kes buli dikalangan remaja ini berlaku disekolah oleh kerana pihak sekolah tidak mengambil tindakan yang berat terhadap remaja tersebut. Oleh itu, tindakan remaja tersebut menjadi tidak terkawal dan biasanya mereka dipegaruhi oleh media massa. Sebagai contoh sekarang, kebanyakan filem sekarang adalah versi keganasan. Maka dari situlah remaja tersebut mempengaruhi dan membawa kedalam dunia reality mereka.

Bukan itu sahaja, kegiatan merempit juga kerap berlaku dikalangan remaja. Disini akan timbulnya kes lumba haram dan perjudian. Pada mulanya ingin bersuka-suka dan dari suka tersebut terus menjadi tabiat unuk berjudi. Dan bila dikaitkan dengan rempit, kes-kes kecurian motosikal sering juga berlaku.  Tambahan pula, yang lebih seriusnya adalah kegiatan lumba haram di tempat awam tanpa menghiraukan orang sekeliling. Mereka berlumba motosikal di tempat yang tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang besar. Mereka telah membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut. Mereka akan berbuat demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap keluarga mereka atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih cara begini untuk melepaskan geram yang ada dalam hati mereka.

Disamping itu, ada juga remaja-remaja yang selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng sekolah tujuan utamanya adalah berkunjung ke kafe internet. Mereka terjerumus dengan laman web permainan di kafe internet. Mereka boleh menghabiskan masa mereka dengan perkara yang tidak berfaedah di kafe internet. Hal ini akan terjadi disebabkan kawalan sosial yang longgar.Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga untuk mencari mata pencarian di luar rumah, secara tidak langsung telah menimbulkan rasa bosan dan kesunyian di hati anak-anak. Lantas, anak-anak mudah mengikut ajakan rakan-rakan untuk berhibur dalam laman web.

 Akhir kata, untuk mengatasi masalah sosial yang tersiar dalam masyarakat ini, pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan untuk menangani maslah sosial tersebut. Tambah pula, pihak ibubapa juga haruslah lebih mengambil berat terhadap anak-anak mereka. bak kata pepatah “bumi yang mana tidak ditimpa hujan”. Disini kita dapat melihat dimana-mana pun ada masalah sosial tetapi berbeza cara bagaimana kita mengatasinya. Maka pihak ibu bapa juga haruslah mengubah sikap mereka terlebih dahulu.


ISU SEMASA

Factor-faktor yang menyebabkan kes ragut.

Pada zaman era globalisasi ini, terdapat banyak kejadian ragut yang semakin menjadi-jadi. Ini merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat di Negara  kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat?

Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak individu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula.

Selain itu, kejadian ragut juga turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Terdapat banyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah.

Malah, masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam.

Seterusnya, kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.

Akhirnya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah di Negara kita ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa ”sudah terantuk baru tengadah” memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.



Image result for KES RAGUT

KARYA KREATIF

SAJAK : KERANAMU MALAYSIA

Kerana mu Malaysia,
Dulu bangsanya pernah dijajah,
Dulu bangsanya pernah dihina,
Dulu bangsanya kecil dan kerdil,
Dulu bangsanya terpinggir,
Namun bangsanya bangkit megah dan gagah.

Kerana mu Malaysia,
Yang berjaya melebarkan sayap,
Sehingga bangsanya dikenali seluruh dunia,
Panji negara berkibar megah, 
Dengan nama-nama pejuang.

Kerana mu Malaysia,
Aku rela meredah samudera,
Merempuh segala halangan,
Merempuh berbagai-bagai  rintangan,
Namun kesetiaan tidak pernah terpadam,
Kerana mu aku rela berjuang.

Kerana mu Malaysia,
Aku tetap pertahankan,
Tidak akan aku biarkan,
Seinci tanah ku dijajah,
Kerana akulah,
Penyambung warisan yang masih gagah bertahan.





KEMPEN ALAM SEKITAR

  Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang terindah buat semua manusia. Alam sekitar ini termasuklah kawasan tumbuh-tumbuhan yang menghijau, udara, air dan sebagainya. Manusia banyak bergantung kepada alam sekitar. Akan tetapi, kini alam sekitar banyak tercemar angkara perbuatan tidak bermoral pihak-pihak tertentu seperti tumpahan minyak, pembuangan sampah merata-rata dan sebagainya. Alam sekitar harus dijaga kerana alam sekitar bukan sahaja hanya diguna pada waktu sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Justeru, masyarakat harus sedar bahawa alam sekitar ini harus dijaga dengan sebaiknya. Oleh itu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar, beberapa langkah wajar diambil.

   Antara langkah yang boleh dilakukan ialah melalui pendedahan media massa. Media massa pada hari ini memainkan peranan yang  penting dalam memoengaruhi corak pemikiran khalayak. Justeru, pihak media massa haruslah menggunakan peluang ini dalam menyelitkan maklumat mengenai kesedaran alam sekitar terutamanya dalam siaran-siaran iklan di kaca televisyen. Hal ini demikian kerana, hampir setiap keluarga di Malaysia ini pasti mempunyai televisyen di rumah. Oleh itu, tidak mustahil penyampaian maklumat berkaitan alam sekitar ini akan sampai kepada penonton semua. Maka akan timbul kesedaran dalam kalangan mereka.

   Seterusnya, langkah yang harus diambil ialah melalui organisasi-organisasi tertentu seperti pihak sekolah, Jabatan Alam Sekitar, persatuan penduduk kampung dan sebagainya. organisasi-organisasi seperti ini harus mengadakan program berkaitan alam sekitar seperti program menanam pokok bakau atau sebagainya supaya dapat memupuk perasaan kasih dan sayang terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar harus diperkenalkan sejak di peringkat sekolah rendah supaya para pelajar diberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Pada peringkat menengah pula, subjek Biologi seharusnya guru menyelitkan juga mengenai kepentingan alam sekitar itu kepada para pelajar. Melalui cara ini, perasaan sayang terhadap alam sekitar dapat dipupuk.

   Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden dapat membantu dalam penjagaan alam sekitar dan mengurangkan pencemaran. Penggunaannya dapat mengurangkan pencemaran dengan lebih efektif. Dengan adanya teknologi moden, kejadian seperti tumpahan minyak, pembuangan sisa-sisa pejal dan sebagainya boleh dibersihkan dengan berkesan tanpa meninggalkan kesan. Oleh itu, pencemaran dapat dikurangkan. Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang dapat mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida. Oleh itu, dengan adanya teknologi miden seperti ini, pencemaran di sekeliling kita dapat dikurangkan.

   Kesimpulannya, sebagai masyarakat Malaysia kita harus berganding bahu dalam penjagaan alam sekitar kita. Pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat berpandukan kepada pertambahan bilangan pengguna. Oleh itu, sama-sama lah kita mengambil iktibar daripada beberapa bencana alam yang terjadi angkara rakusan manusia itu sendiri.  

Lakonan mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.

KISAH HAIWAN

PERSAHABATAN DAN PENGKHIANATAN



Di dalam sebuah rimba, tinggal sekumpulan haiwan yang pelbagai. Haiwan-haiwan tersebut terdiri daripada Sang Harimau yang merupakan penghulu di rimba tersebut dan anak-anak buahnya yang lain seperti Sang Arnab, Sang Zirafah, Sang Musang dan Sang Beruang. Sang Arnab, Sang Zirafah dan Sang Beruang merupakan sahabat baik sejak dari kecil lagi. Apabila mereka meningkat dewasa, Sang Arnab merupakan antara haiwan yang sungguh jelita di rimba itu. Kecantikan Sang Arnab telah menimbulkan rasa kurang senang si Sang Zirafah dan Sang Beruang. Pada suatu hari, Sang Arnab bersiar-siar di taman bunga, tanpa disedari Sang Arnab, si Sang Zirafah dan Sang Beruang mengekorinya. Dalam pada masa yang sama Sang Zirafah telah merancang satu rancangan jahat bersama dengan Sang Beruang untuk membunuh Sang Arnab. 

"Indahnya hari ini. Udara yang nyaman. Alangkah indah jikalau dapat bersia-siar begini selalu," kata Sang Arnab bersendirian.

Di sebalik semak samun di taman bunga itu, kelihatan Sang Beruang dan Sang Zirafah sedang memerhatikan Sang Arnab.

"Lihatlah si Sang Arnab itu. Bangga benar dia punya wajah yang cantik dan digilai haiwan di rimba ini," tutur Sang Zirafah.

"Iyalah, Sang Arnab punya wajah yang menawan. Tidak seperti kamu wahai Sang Zirafah, leher pun jinjang sampai aku sendiri tidak tahu di mana letaknya tekak kamu," balas si Sang Beruang disusuli dengan tawa kecilnya.

"Amboi, sedap kamu berkata-kata tentang aku ya. Aku tidak peduli. Aku mesti musnahkan si Sang Arnab itu," jerit Sang Zirafah.

Jeritan Sang Zirafah itu telah mengejutkan Sang Arnab. Lalu Sang Arnab pun mencari arah punca suara tersebut dan akhirnya dia menjumpai Sang Zirafah dan Sang Beruang di sebalik semak.

"Sang Zirafah rupanya. Apa kamu buat di sini wahai sahabatku?" soal Sang Arnab.

"Aku tidak lakukan apa-apa. Kami hanya ingin mengambil angin sahaja, tidak begitu wahai Sang Beruang?" balas si Sang Zirafah.

Lalu, dengan terkebil-kebilnya Sang Beruang menjawab, "Ya, kami hanya bersiar-siar di sini untuk mengambil angin."

"Aku berasa lapar. Mari kita makan bersama-sama," ajak si Sang Arnab.

"Tidak mengapa, kamu pergilah dahulu, kami akan menyusul kemudian," balas si Sangg Zirafah.

Sang Arnab pun berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

"Sang Beruang, ini merupakan peluang terbaik untuk kita musnahkan Sang Arnab. Aku akan letakkan racun dalam makanannya. Kau harus mengawal keadaan," ujar si Sang Zirafah dengan angkuhnya.

"Baiklah Sang Zirafah. Aku akan ikut segala perancangan yang telah kita rancang sebelum ini," balas Sang Beruang.

Tanpa mereka sedari, perbualan mereka itu telah didengari oleh Sang Musang di sebalik semak samun itu. Sang Musang amat terkejut dengan perancangan mereka. Sang Musang mengambil keputusan untuk melaporkan berita tersebut kepada Sang Harimau iaitu ketua di rimba tersebut.

"Aku harus melaporkan mengenai perkara ini kepada Tok Penghulu sebelum perkara menjadi lebih teruk," kata si Sang Musang.

Lalu Sang Musang pun berlalu pergi ke arah rumah Sang Harimau ketuanya.

Sementara di rumah Sang Harimau,

"Tok Rimau, saya tidak bercakap bohong. Saya dengar dengan jelas tentang perancagan mereka untuk meletakkan racun ke dalam makanan Sang Arnab," tuturnya kepada Sang Harimau.

"Benarkah semua ini? Katakan kepada ku ini semua hanya dusta belaka," balas Sang Harimau.

"Benar Tok, saya tidak akan menipu mengenai perkara serius seperti ini. Ini melibatkan nyawa," balas Sang Musang.

"Baiklah, jika begitu mari kita pergi halang perbuatan mereka berdua," arah Sang Harimau.

Ketika Sang Arnab asyik leka bermain di taman, Sang Zirafah dan Sang Beruang telah memasukkan racun ke dalam makanan Sang Arnab tanpa pengetahuannya.

Tiba-tiba..

"Zirafah! Beruang! Apa yang sedang kamu lakukan itu??" pekik Sang Harimau.

Sang Zirafah dan Sang Beruang yang terkejut diam tidak berkata apa-apa. Riak wajah mereka kelihatan pucat. Sang Arnab menuju ke arah mereka dan bertanyakan kepada Sang Harimay mengenai apa yang sedang berlaku.

"Wahai Sang Arnab, mereka berdua ini sedang cuba untuk membunuh kamu. Mereka telah meletakkan racun ke dalam makanan kamu supaya kamu mati selepas ini," jelas Sang Harimau.

Sang Arnab yang begitu terkejut dengan perbuatan rakan karibnya terus mengalirkan air matanya.

"Aku tidak sangka kau sanggup mengkhianati aku wahai Sang Zirafah, Sang Beruang. Kita berkawan sejak dari kecil lagi. Mengapa kamu sanggup ingin membunuhku?" tutur Sang Arnab.

Sang Zirafah dan Sang Beruang hanya membatukan diri mereka. Kelihatan riak menyesal pada muka mereka.

"Wahai Sang Zirafah, Sang Beruang, tidak baik kamu bermusuhan sesama kamu. Berbaiklah kamu semula. Sayangilah persahabatan ini. Setiap ciptaan ada kelebihan masing-masing. Tidak perlulah kamu berasa dengki terhadap satu sama lain," jelas Sang Harimau.

Sang Zirafah dan Sang Beruang amat menyesal dengan perbuatan mereka. Lalu mereka pun meminta maaf kepada Sang Arnab.

"Wahai Sang Arnab, maafkan kami. Kami bersalah dalam hal ini. Kami berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi," mohon si Sang Zirafah.

"Tidak mengapalah Sang Zirafah. Aku telah memaafkan kamu," balas Sang Arnab.

Lalu mereka pu  berpelukan antara satu sama lain.

Wednesday, 25 November 2015

KESAN KEDATANGAN PEKERJA ASING (PERENGGAN)

Pekerja asing didefinisikan sebagai tenaga kerja dari luar negara atau dikenali juga sebagai buruh asing yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Kebiasaannya pekerja asing datang ke negara ini adalah untuk memenuhi ruang pekerjaan yang tidak diisi oleh rakyat tempatan. Kerana di negara ini pendapatan yang mereka dapat apabila bekerja di negara ini lebih lumayan berbanding dengan negara mereka. Selain itu,  Antara sektor yang menjadi tumpuan pekerja asing ialah sektor pembinaan, perkhidmatan dan perindustrian. Ibarat kata pepatah, di mana ada semut.  Namun, kedatangan mereka ke sini turut memberi kesan positif dan juga negatif kepada masyarakat dan juga negara. 
Terdapat pelbagai kesan positif dan negatif apabila terdapat kedatangan pekerja asing yang datang ke negara ini. Dan antara kesan positif kedatangan pekerja asing ke Malaysia ialah ia dapat mempercepatkan pembangunan negara. Oleh sebab itu negara ini berkembang dengan lebih maju ke hadapan dari segi ekonomi negara. Namun begitu, terdapat pelbagai perubahan dilakukan secara menyeluruh khususnya dalam pembinaan infrastruktur dan prasarana yang sistematik. Sebagai contoh, lebuh raya Pan Borneo yang dibina memerlukan tenaga kerja asing bagi mempercepatkan proses pembinaan lebuh raya tersebut. Malah proses pembangunan dapat dibangunkan dengan lebih cepat.
Sehubungan dengan itu, kesan positif yang seterusnya ialah berlaku pertukaran teknologi. Dengan adanya banyak peluang pekerjaan yang tidak diisi oleh rakyat tempatan di sebuah negara yang sedang pesat membangun ini, tenaga pekerja luar dibenarkan untuk membantu. Malahan juga Malaysia juga memerlukan teknologi yang canggih dan moden untuk menjadikan negara ini setanding dengan negara membangun yang lain. Oleh sebab itu, negara memerlukan Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan pekerja tempatan mempelajari dan memperoleh teknologi baru melalui program yang diadakan secara usaha bersama oleh pihak kerajaan atau pihak tertentu. Sebagai contoh, pertukaran idea dan maklumat antara para saintis tentang vaksin.
Selain daripada kesan positif, terdapat banyak juga kesan-kesan yang negatif kedatangan pekerja asing yang datang bekerja di Malaysia. Kesan yang negatifnya ialah meningkatkan kadar jenayah lebih banyak di Malaysia. Terdapat segelintir pendatang yang mempunyai perangai yang tidak berperikemanusiaan dan yang berkesempatan kewangan atas kerana pendapat yang dapat mungkin tidak mencukupi nya. Kesempitan hidup di negara orang mendesak mereka untuk melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Jenayah yang berlaku adalah kebiasaannya mencuri, merompak, meragut dan merogol. Jenayah yang berlaku tidak semuanya di antara pendatang asing. Manakala terdapat juga rakyat tempatan. Kegiatan tersebut adalah biasa berlaku malah bukan sahaja di negara ini tetapi juga di negara asal mereka. Setiap negara mempunyai undang-undang dan juga musuh dalam selimut. Kegiatan jenayah yang semakin serius ini mendatangkan kerisauan kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Oleh itu, terdapat pelbagai kesan negatif  ialah mendatangkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulannya, kedatangan pekerja asing memberikan kesan positif dan negatif kepada masyarakat dan negara. Kedatangan mereka ini tidak boleh disekat lagi disebabkan atas faktor-faktor yang tertentu. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memainkan peranan mereka dengan menguatkuasakan undang-undang agar keselamatan masyarakat dan keamanan negara kita terjamin daripada sebarang jenayah disebabkan oleh pekerja asing.