Pada 20 Disember 1995
seorang putera sulung daripada dua insan iaitu Zulkifli dan isterinya Rogayah
telah selamat dilahirkan ke dunia. dengan kehadiran putera sulung itu ianya telah menceriakan kehidupan suami isteri
tersebut. dengan harapan agar anak puteranya boleh menjadi seorang lelaki yang
bertanggungjawab terhadap keluarganya. puteranya adalah seorang cucu sulung yang
pertama dan disayangi oleh kedua atuk dan nenek.
Pada ketika itu, atuk
dan nenek selalu datang kerumah suami isteri tersebut untuk menjenguk cucunya.
setelah beberapa hari datang kerumah atuk dan nenek ingin membawa pulang
cucunya tersebut ke rumahnya dengan alasan “ini cucu pertama kami, ia juga telah
menceriakan kehidupan kita semua. Apa salahnya si cucu ni tinggal di rumah atuk
buat sementara waktu”. suami isteri tersebut memberikan anaknya kepada ayahnya
yang ingin membawa pulang anaknya tersebut. lagi pula suami isteri tersebut
masih bekerja untuk menyara keluarga dan anaknya sulungnya. suaminya seorang
pekerja kilang malah isterinya pula seorang guru tadika.
Dalam satu minggu
mereka berdua hanya dapat bersama anaknya hanya dalam dua atau tiga kali
sahaja, selebihnya berada dengan atuk dan nenek nya. sehingga menyebabkan si
ibu ini seperti orang yang kehilangan
anak. yang selalu merindui anaknya. mereka berdua hanya dapat bertemu ketika
anaknya dibawa pulang kerumahnya dalam keadaan demam dan sakit. anaknya juga
merindui ibu dan ayah nya. setelah kejadian tersebut. kedua suami dan isteri
tersebut tidak membiarkan anaknya tinggal bersama atuk dan neneknya kerana
mereka takut bila besar nanti anaknya tidak mengenal mereka berdua ni sebagai
ibu bapa nya. kejadian ini dapat dielakkan oleh seorang ibu yang sangat
merindui anaknya dengan membuat perbagai alasan agar atuk dan nenek tidak
mengambil anaknya.
Setelah beberapa
tahun, mereka telah dikurniakan 5 orang cahaya mata. 3 daripadanya adalah
kembar dan mempunyai 4 lelaki 1 perempuan. kehidupan mereka kini bahagia dengan
kejayaan putera sulungnya yang dapat menyambung pelajarannya di peringkat
universiti. anak putera sulungnya telah membuat kedua-dua ibu bapa nya itu
gembira dan dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya kini yang masih
bersekolah.
Ibunya termenung
dan tersenyum sambil berkata kepada putera sulungnya “kamu seorang yang manja,
nasib baik ketika kamu kecil dahulu kamu tidak tinggal arwah atuk kamu. tidak
ibu tidak mempunyai sesiapa dah pada masa itu HANYA KAMU”. Lalu anak lelakinya
tersebut peluk ibunya sambil berkata “terima kasih ibu kerana telah besarkan
saya (sambil menangis)”.
Sekian saja
daripada insan yang hina. cerpen pendek ini kita dapat lihat seorang ibu yang
kasih terhadap anaknya “KASIH IBU MEMBAWA KESYURGA”.
Karya Insan Fakir
(Encik Disember)